Rupanya Pilot malaysia Airlines Rupanya Suka Foya-foya

 Rupanya Pilot malaysia Airlines Rupanya Suka Foya-foya
KUALA LUMPUR - Satu laporan yang muncul di media Australia menggambarkan perspektif berbeda atas sikap seorang kopilot pesawat MH370, yang masih belum ketemu hingga kini.
 
Laporan TV Channel 8 Australia itu menggambarkan dengan terperinci tindakan kopilot itu, Fariq Abdul Hamid ketika membantu pilot dari satu penerbangan lain dari Phuket, Thailand ke Kuala Lumpur.
 
Laporan itu menyebut, Fariq merokok dan berfoya-foya dengan dua orang penumpang wanita di kokpit, ketika pesawat yang dinaiki sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Roos memberitahu TV A Current Affair bahawa ia dan Maree turut merekam gambar mereka dengan juruterbang bersama tersebut dalam kokpit.
 
“Sepanjang penerbangan tersebut mereka berbicara dengan kami dan turut merokok ketika dalam penerbangan, yang saya rasa tidak dibenarkan.
"Pada satu masa, mereka turut berpaling ke arah kami sepanjang masa dan ngobrol dengan kami.
 
"Mereka sangat berminat dengan obrolan tersebut, dan dia turut memegang tangan kawan saya dan berkata, 'tangan anda sangat berkedut. Itu bermakna Anda sangat kreatif' dan turut menegur pengilat kukunya,” kata Roos.
 
Menurut laporan, Fariq mengenal pasti warga Afrika Selatan ketika kedua-duanya sedang menunggu untuk menaiki penerbangan tersebut di lapangan terbang Phuket pada Desember 2011.
 
Katanya, seorang pramugari menjemput mereka untuk ke kokpit penerbangan Phuket-Kuala Lumpur itu.
 
Sementara itu, juruterbang pesawat MH370 pula, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, digambarkan sebagai seorang yang amat meminati dunia penerbangan dan turut memasang sistem simulasi penerbangan di kediamannya. (rep05)
 

Rekomendasi

Index

Berita Lainnya

Index