Niat Mencari Kerja,10 WNI Meninggal Akibat Boat Karam

Niat Mencari Kerja,10 WNI Meninggal Akibat Boat Karam
Foto Boat Dan Mangsa Yang Lemas

Riaudaily.com KOTA TINGGI – Perjalanan memasuki negara Malaysia untuk mencari pekerjaan di sini bertukar menjadi tragedi bagi sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia apabila 10 daripada mereka mati lemas, manakala 29 lagi masih hilang selepas boat yang dinaiki Mereka karam di Tanjung Balau,Rabu Malam (15/12/2021)

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima panggilan tentang kejadian itu pada jam 4.30 pagi.

"Sebuah bot yang membawa 60 PATI dilapor karam akibat cuaca buruk di Tanjung Balau. Seramai 21 orang dilaporkan selamat dan 10 mayat telah ditemukan pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM). Seramai 29 mangsa lagi masih belum ditemukan," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan jam 8.50 pagi dengan mengatur gerak pesawat AW 139 AGUSTA, kapal KM Tegas dan bot Petir 50 bagi mengesan dan mencari baki mangsa yang terlibat.

Sementara itu, Ketua Bomba Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Al Hasra Mohamed berkata, sebanyak tujuh anggota bersama-sama 40 anggota TDM dikejarkan ke tempat kejadian.

"Sebanyak 10 mayat yang ditemukan itu terdiri daripada empat wanita dan enam lelaki, manakala 21 mangsa yang terselamat terdiri daripada 19 lelaki dan dua wanita," katanya. - VOICE

Sumber: Laman FB Gio Dhesta
Editor.   : Wen Roslan

Rekomendasi

Index

Berita Lainnya

Index