Bahas Asap dari Riau, 4 Menteri akan Bertemu di Kuala Lumpur

Bahas Asap dari Riau, 4 Menteri akan Bertemu di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menteri-menteri dari Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand akan bertemu di negara ini bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu jerebu (kabut asap).

Perdana Menteri mengumumkan masalah itu menerusi akun Twitter miliknya hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan tarikh pertemuan tersebut bakal diadakan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan, beberapa kawasan di selatan Semenanjung Malaysia masih mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat berikutan pencemaran jerebu merentasi sempadan.

Menurut agensi berkenaan, maklumat yang diterima daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) menunjukkan terdapat lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke bahagian selatan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Najib menerusi paparan Twitternya sebelum itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban dalam kejadian ribut di Jalan Macalister, Pulau Pinang, 13 Jun lalu.

"Malaysia bersedih bersama anda," ujarnya dilansir goriau.com.

Dalam kejadian itu, rod penebat kilat yang terletak di atas Menara UMNO patah dipukul angin kencang, seterusnya menghempap lapan kenderaan yang lalu di jalan tersebut.(rep2)

Rekomendasi

Index

Berita Lainnya

Index